Jumaat, 19 Oktober 2012


Mossad
Ha-Mossad le-Modi'in ule-Tafkidim Meyuhadim (Hebrew: המוסד למודיעין ולתפקידים מיוחדים atau Mossad merupakan agensi perisik Israel. Ia bertugas untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari kesegenap negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel, terutamanya jiran-jirannya negara-negara Arab.
Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat atau MI6 dari United Kingdom.
Agensi Perisik Mossad ditubuhkan pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel , David Ben-Gurion. Shiloah mahu sebuah institut penyelerasan pusat yang boleh membaiki perkhidmatan keselamatan , menyelaras antara perisik tentera (AMAN) dengan Perkhidmatan keselatan awam( Shin Bet). Pada Mac 1951, ia telah disusun semula sebagai sebahagian dari jabatan Perdana Menteri dan membuat laporan terus kepada Perdana Menteri. Jumlah kakitangannya sekarang ialah 1200 orang sahaja.
Ibu pejabat Mossad terletak di bandar raya Tel Aviv . Mossad adalah sebuah perkhidmatan awam, bukan organisasi tentera. Tetapi kakitangannya pernah bertugas dengan Pasukan Pertahanan Israel. Terdapat 8 jabatan berlainan fungsi di dalamnya.
Perisik diambil dari pelbagai peringkat di luar negara, termasuklah pegawai diplomat dan bukan pegawai tak rasmi. Mereka bertindak dan bergerak seperti CIA. 30 daripada 40 operasinya bergerak di Eropah Timur dan Timur Tengah.
Pegawai perisik lapangan dipanggil Katsas. Sementara Jabatan Operasi Khas dipanggil Metsada atau Kidon. Metsada terlibat dalam pembunuhan tokoh tertentu, operasi separa tentera, sabotaj dan perang saraf.
Perang Saraf sangat berkait dengan pegawai diplomat dan media massa yang dipanggil Jabatan Psikologit Lochamah.(Operasi Profil Tinggi)
Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikan terhandal di dunia melebihi CIA , KGB mahupun M16. Taktik penculikan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga survival Israel. Kejayaan operasi Mossad berjaya menangkap penjenayah perang Nazi bernama Adolf Eichmann di Argentina pada 1960. Melalui seorang jurugambar bebas, Mossad mendapati Eichmann tinggal di Argentina dengan nama 'Micardo Klement' dan ditangkap pada 11 Mei 1960 . Seterusnya diseludup ke Israel . Rancangan menangkap Josef Mangele gagal.
Pada 1960-an, Mossad telah mencuri pelan membina kapal terbang Perancis Mirage III bagi membangunkan kapal terbang Israel , Kfir.
Tahun 1964 perisik Eli Cohen ditugaskan menyediakan laporan di Mesir dan Syria.Di Syria , dia menggunakan nama 'Kamel Amin Tsa'abet' dan aktif di Damsyik. Tetapi 1965 Eli Cohen telah dtangkap di Syria oleh perisik KGB ketika sedang mengendalikan radio frekuensi persendirian dan dihukum mati kerana kesalahan merisik . Dia membuat laporan risikan melalui radio frekuensi, surat rahsia dan melawat Israel.
1965 Mossad telah membunuh penjenayah peranmg Nazi , Herbeths Cukurs yang bersembunyi di Brazil.Beliau dikatakan bertanggungjawab membunuh dan menyiksa serta merogol ramai Yahudi di Jerman semasa Perang Dunia I.
Dari tahun 1957-1965 Wolfgang Lotz telah dihantar ke Mesir untuk mendapatkan maklumat rahsia pertahanan Presiden Mesir, Gamal Abdel Nasser. Wolfgang Lotz sebenarnya lahir di Mannheim, Jerman , tahu berbahasa Jerman dan wajahnya menyerupai Aryan dan banyak mendapat maklumat operasi tentera Mesir pada 1965.
Membantu juruterbang tentera Iraq , Munir Redfa dan keluarganya yang belot dan lari ke Israel. Munir Redfa telah memandu pesawat MiG 21 milik Tentera Udara Iraq pada Israel. Puncanya dia didiskriminasi kerana berugama Kristian dan pembasmian etnik Urmia di selatan Turki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan