Ahad, 3 Januari 2010

Love

Benarkah Cinta itu buta? Benarkah keikhlasan memang wujud dlm cinta? Benarkah jujur itu ada? Dlm Cinta? Atau, hanya sekadar bersifat sementara, seperti dedaun limau purut yg hanya diambil baunya, tetapi tiada sesiapapun yg memakannya. Aromanya sangat penting, tetapi sayang, sekadar utk menaikkan seri dan enaknya rasa. Hati dan naluri manusia memang lumrah, dan tidak dpt lari dr keinginan serta kemahuan utk sesuatu perasaan sayang bila ianya mula terdetik pd saat yg pertama, dan inilah namanya Cinta!. Cinta samada diucap di bibir, terdetik di hati atau falsafah mata adalah suatu ruang di dalam diri yg harus diakui dan diisi. Bohonglah kiranya sesiapa yg mengatakan tidak pd dirinya kecuali yg dilahirkan tanpa waras. Mungkin belum masanya, atau mungkin diri sendiri tidak mengakui lahirnya satu perasaan dalam diri yg dinamakan Cinta atas sebab tertentu, samada suatu pengajaran, pengalaman hitam mahupun perkongsian insan2 yg pernah kecewa dan mati hidup semula. Bagi mereka yg sedang enak dilamun Cinta acapkali meletakkan Cinta pd taraf yg tertinggi dan utama dlm kehidupan. Kebahagiaan yg terasa seolah-olah ingin berkekalan dan kalau boleh dihentikan masa adalah keputusan yg terbaik dan harapan sang pencinta. Tapi adalah menjadi satu kesalahan yg besar jika bercinta tetapi tidak mengenal hakikat percintaan yg sebenar kerana kebanyakan si pemburu cinta akan kecundang di separuh jalan dan mengundang kecederaan hati yg amat parah. Namun Cinta adalah suatu evolusi dan anjakan, mematangkan serta mengajar erti kehidupan yg sebenar. Bagi mereka yg kecewa akibat Cinta, pastinya perkataan Cinta dianggap rennainsence serta pengalaman cinta yg mereka lalui rasanya seolah2 zaman gelap dan ada di kalangan mereka yg mengalami sindrom dan luluh seluruh jiwa umpama si tua yg diserang strok yg dahsyat. Maka yg kecewa bangunlah! jangan disiksa batin sendiri hanya kerana layunya sekuntum bunga. Bangunlah! sesungguhnya, setiap yg berlaku pasti terselit suatu hikmah yg besar manfaatnya dlm kehidupan kita, kembalilah kepada Cinta yg sebenar, iaitu Cinta kepada Allah.

Bangkitlah Kaum Muda Malysia!

Dasar Pakatan Rakyat didokumenkan pd Konvensyen Pakatan Pakyat yg pertama kalinya pd 19 Disember 2009 menjadi asas kepada manifesto pilihanraya umum akan dtg. Gabungan ketiga-tiga parti dilihat telah memahami dasar dan telah menghayatinya serta mengamalkannya. Bagi saya ia satu perkembangan yg sangat baik di era kepimpinan kerajaan yg makin lesu yg terpalit dgn pelbagai isu2 besar dan skandal2 yg tiada kesudahannya. Untuk itu, sokongan kaum muda amat penting kepada perjuangan Pakatan Rakyat krn bg saya, kaum muda di negara ini seharusnya menyedarinya dan harus bangkit dr tempat tidur msg2, bersama2 menyalakan api semangat perjuangan agar hak dan maruah kita tidak lg ditindas oleh golongan2 pemimpin yg hilang integriti dewasa ini. Marilah sama2 kita bersatu-padu di bawah pimpinan Pakatan Rakyat demi masa depan negara. Ayuh bangkitlah wahai kaum muda Malaysia!

Skandal

Negara kita makin dikecam hebat dgn kemunculan skandal2 yg makin memeningkan kepala dan dahagakan jawapan segera, ini kerana ia melibatkan integriti kepimpinan negara yg kita sayang iaitu Malaysia. Skandal2 speti PKFZ, misteri kehilangan enjin jet pejuang F-5E, misteri kematian Teoh Beng Hock, misteri kematian wanita Monggolia: Altantuya Sharibu dan dan misteri penggunaan sejenis bom C4 yg digunakan dalam kes pembunuhan Altantuya serta beberapa skandal2 lain. Kepimpinan negara semakin dikecam hebat oleh beberapa ahli pemikir dan pengkritik yg menyelami isu tersebut.