Ahad, 3 Januari 2010

Love

Benarkah Cinta itu buta? Benarkah keikhlasan memang wujud dlm cinta? Benarkah jujur itu ada? Dlm Cinta? Atau, hanya sekadar bersifat sementara, seperti dedaun limau purut yg hanya diambil baunya, tetapi tiada sesiapapun yg memakannya. Aromanya sangat penting, tetapi sayang, sekadar utk menaikkan seri dan enaknya rasa. Hati dan naluri manusia memang lumrah, dan tidak dpt lari dr keinginan serta kemahuan utk sesuatu perasaan sayang bila ianya mula terdetik pd saat yg pertama, dan inilah namanya Cinta!. Cinta samada diucap di bibir, terdetik di hati atau falsafah mata adalah suatu ruang di dalam diri yg harus diakui dan diisi. Bohonglah kiranya sesiapa yg mengatakan tidak pd dirinya kecuali yg dilahirkan tanpa waras. Mungkin belum masanya, atau mungkin diri sendiri tidak mengakui lahirnya satu perasaan dalam diri yg dinamakan Cinta atas sebab tertentu, samada suatu pengajaran, pengalaman hitam mahupun perkongsian insan2 yg pernah kecewa dan mati hidup semula. Bagi mereka yg sedang enak dilamun Cinta acapkali meletakkan Cinta pd taraf yg tertinggi dan utama dlm kehidupan. Kebahagiaan yg terasa seolah-olah ingin berkekalan dan kalau boleh dihentikan masa adalah keputusan yg terbaik dan harapan sang pencinta. Tapi adalah menjadi satu kesalahan yg besar jika bercinta tetapi tidak mengenal hakikat percintaan yg sebenar kerana kebanyakan si pemburu cinta akan kecundang di separuh jalan dan mengundang kecederaan hati yg amat parah. Namun Cinta adalah suatu evolusi dan anjakan, mematangkan serta mengajar erti kehidupan yg sebenar. Bagi mereka yg kecewa akibat Cinta, pastinya perkataan Cinta dianggap rennainsence serta pengalaman cinta yg mereka lalui rasanya seolah2 zaman gelap dan ada di kalangan mereka yg mengalami sindrom dan luluh seluruh jiwa umpama si tua yg diserang strok yg dahsyat. Maka yg kecewa bangunlah! jangan disiksa batin sendiri hanya kerana layunya sekuntum bunga. Bangunlah! sesungguhnya, setiap yg berlaku pasti terselit suatu hikmah yg besar manfaatnya dlm kehidupan kita, kembalilah kepada Cinta yg sebenar, iaitu Cinta kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan